Program ICT – Pengenalan Microsoft Office 2013 & KDB
29 November 2014 | Aktiviti TerkiniSepanjang cuti persekolahan di akhir 2014, PI Putrajaya telah menganjurkan program ICT bersama pelajar-pelajar dari Komuniti Presint 9 Fasa 10.
Kelas Microsoft Office 2013 telah diadakan pada 28 November 2014 bermula 10.00 pagi dan berakhir pada 12.30 tengahari bertempat di Pusat Internet 1 Malaysia.
Pelbagai program-program menarik berkaitan ICT yang dijalankan di PI Putrajaya Presint 9 Fasa 10 dan mendapat sambutan dari pelajar-pelajar setempat bagi memberi ilmu pendidikan dalam perkara berkaitan teknologi computer dan alammaya. Antaranya ialah memberi panduan untuk pelajar menggunakan kemudahan dan aplikasi yang terdapat dalam program Microsoft Office 2013 untuk mereka menggunakan dalam pembelajaran mereka di sekolah nanti. Disamping itu, pelajar-pelajar diterapkan dengan Klik Dengan Bijak (KDB) bagi memastikan mereka tidak diganggu di alammaya.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: